Satu aktiviti, satu jadual.

Isi skor PAJSK untuk semua ahli aktiviti anda dalam satu jadual, bukan satu borang untuk setiap murid. Isi terus dalam jadual atau dalam Excel, semak dahulu, dan setiap murid dibaca semula daripada SPPB selepas Simpan.

Percuma sepanjang sesi 2026 · Chrome, Edge, Brave dan Opera pada komputer

Jadual aktiviti ALAM SEKITAR (SR) dalam PAJSK Helper: baris atas Lalai kumpulan, satu baris setiap murid dengan jawatan, kehadiran, komitmen, khidmat dan pelibatan, serta status Belum, Tersimpan dan Diubah; kehadiran seorang murid yang sudah tersimpan diubah dan diserlahkan
Jadual aktiviti di sekolah contoh. Nama murid adalah rekaan; tangkapan skrin daripada simulator, bukan SPPB sebenar.

Tiga perkara yang membuatkan PAJSK lambat.

Bukan kerana guru lambat. Kerana borangnya dibina untuk mengisi seorang murid pada satu-satu masa.

Satu borang, satu murid.

SPPB memerlukan anda membuka halaman setiap murid, pilih aktiviti, kehadiran, jawatan, komitmen, khidmat dan pelibatan, kemudian ulang untuk ahli seterusnya. PAJSK Helper meletakkan semua ahli dalam satu jadual: tetapkan nilai lalai sekali, ubah hanya murid yang berbeza daripada lalai.

“Berjaya” tidak bermakna tersimpan.

Dalam keadaan tertentu (contohnya medan KHIDMAT SUMBANGAN kosong), SPPB memaparkan mesej Berjaya walaupun tiada apa-apa disimpan. Selepas setiap Simpan, PAJSK Helper membaca semula halaman murid itu dan membandingkan medan demi medan. Tanda hijau hanya diberi apabila pelayan benar-benar menyimpannya.

Tidak menindih rekod rakan sekerja.

Murid yang sudah direkodkan di bawah aktiviti lain oleh guru lain ditanda Aktiviti lain dan tidak boleh diubah dalam jadual anda. Bagi murid yang sudah tersimpan dalam aktiviti anda, hanya medan yang anda ubah ditulis, dan nilai sebelum dan selepas ditunjukkan terlebih dahulu.

Daripada senarai ahli kepada tanda hijau.

Tiga langkah. Anda hanya perlu berada di SPPB pada langkah pertama dan terakhir.

  1. Buka jadual aktiviti anda

    Log masuk SPPB seperti biasa, buka panel sisi dan pilih aktiviti anda. Panel membina senarai murid seluruh sekolah sekali sahaja, kemudian jadual dibuka sebagai halaman penuh dalam tab baharu. Baris atas ialah nilai lalai kumpulan; tapis mengikut kelas jika anda hanya menguruskan sebahagian ahli.

    Pilih beberapa murid dan tetapkan satu medan untuk semua sekali gus.

    Tiga murid dipilih dalam jadual; bar biru menunjukkan Set untuk yang dipilih: Kehadiran, serta butang Buat asal semua perubahan dan Guna pada 3 murid
  2. Isi terus, atau dalam Excel

    Tambah ahli dengan mencari nama, atau tampal senarai nama bersama kelas; nama yang tidak sepadan dengan tepat ditunjukkan untuk anda pilih, bukan diteka. Kemudian ubah sel terus dalam jadual, termasuk bagi murid yang sudah tersimpan di SPPB. Lebih selesa dengan Excel? Muat turun fail dengan nilai semasa, isi, kemudian muat naik: perubahan masuk ke jadual yang sama dan diserlahkan.

    Hanya sel yang anda ubah ditulis. Sel kosong dalam Excel tidak mengubah apa-apa di SPPB.

    Selepas fail Excel dimuat naik: tapisan Diubah menunjukkan tiga murid yang sudah tersimpan dengan kehadiran baharu diserlahkan, dan mesej “Fail dimasukkan ke jadual”
  3. Semak, Tulis, baca semula

    Skrin semakan menyenaraikan murid baharu yang akan diisi dan, bagi murid yang sudah tersimpan, setiap medan yang diubah beserta nilai sebelum dan selepas. Semasa proses Tulis berjalan untuk lebih daripada lima murid, tab SPPB dipindahkan ke tetingkap berasingan supaya tidak diperlahankan oleh Chrome, dan setiap murid dibaca semula selepas Simpan. Log masuk SPPB tamat tempoh di tengah jalan? Proses dijeda, log masuk semula, sambung.

    Berhenti selepas murid ini, cuba lagi yang gagal, atau sambung yang dijeda.

    Skrin Semak sebelum Tulis: senarai murid baharu, kemudian bahagian Perubahan murid tersimpan dengan medan Kehadiran, nilai Sebelum (di SPPB) 9/12 dan Selepas 12/12

Lebih suka menonton? Video 16 minit ini menunjukkan setiap langkah. Senarai babnya ada di YouTube.

Panduan penuh dengan rakaman skrin

Bukan sahaja Kelab/Persatuan, Sukan dan Badan Beruniform.

Empat tugas dalam satu panel sisi. Setiap tugas ditulis melalui laluan yang sama: semak dahulu, baca semula selepas Simpan.

Panel sisi PAJSK Helper: kad tugas Isi aktiviti saya, Isi Ekstra kelas saya, NILAM dan Aktiviti Tambahan
Panel sisi di sebelah SPPB.
Aktiviti Tambahan
Pertandingan di luar aktiviti utama murid, dengan ahli daripada pelbagai kelas. Ditulis sebagai tambahan tanpa menyentuh aktiviti utama; jika rekod pertandingan yang sama sudah ada, keputusan digabungkan dan markah tidak akan diturunkan.
NILAM
Bintang NILAM setiap murid, kelas demi kelas. Bintang semasa dibaca daripada SPPB dahulu; hanya naik, tidak turun, kecuali anda memilih untuk memaksanya bagi murid tertentu.
Ekstra Kurikulum
Perkhidmatan, anugerah dan khidmat masyarakat untuk kelas anda. Hanya blok yang berubah ditulis; blok lain kekal seperti di SPPB.
Isi bahagian anda sahaja
Guru penasihat, guru kelas dan guru NILAM masing-masing mengisi tugas sendiri dengan panel sendiri; tiada tetapan peranan untuk diurus.
Excel dengan nilai semasa
Muat turun fail Excel aktiviti, pertandingan, Ekstra (Xtra) atau NILAM terus daripada panel, dengan senarai murid dan nilai semasa daripada SPPB sudah diisi. Isi dalam Excel, muat naik semula: perubahan ditunjukkan medan demi medan semasa Semak, dan hanya sel yang anda ubah ditulis. Sel kosong bermaksud tidak disentuh.
Kelas yang dikunci dikesan
Kelas yang sudah disahkan tidak boleh ditulis. Jadual menandanya sebagai dikunci sebelum anda menekan apa-apa.

Tiga perkara yang PAJSK Helper tidak lakukan.

Tidak menekan Hantar atau Sahkan.

Hanya melalui butang Simpan SPPB yang sebenar. Kelas anda tidak akan dikunci oleh alat ini, dan penilaian kekal menjadi tanggungjawab guru.

Tidak menghantar nama atau nombor kad pengenalan murid ke davinhub.

Nama, nombor kad pengenalan, skor dan fail Excel kekal dalam pelayar anda dan SPPB. Untuk menentukan pelan lesen anda, pelayan hanya menerima pengecam yang telah disamarkan (hash). Dasar privasi penuh.

Tidak mengaku rasmi.

Alat bebas yang dibina oleh seorang guru di Sarawak. Tiada kaitan dengan KPM, SPPB atau IDME, dan tidak akan mendakwa sebaliknya.

Percuma sepanjang sesi 2026.

Versi beta. Semua ciri dibuka untuk setiap guru sepanjang sesi persekolahan 2026, tanpa kunci lesen.

Sesi 2026 · Beta

PercumaRM0 · sepanjang sesi 2026

  • Kelab/Persatuan, Sukan, Badan Beruniform, Aktiviti Tambahan, NILAM dan Ekstra Kurikulum
  • Satu aktiviti, satu jadual; isi terus atau melalui Excel
  • Semak sebelum Tulis, baca semula daripada SPPB selepas setiap simpan
  • Tiada had murid sepanjang sesi 2026
Pasang di Chrome

Mulai sesi 2027

5 murid percuma setiap sesi
Semua ciri disertakan; had dikira mengikut bilangan murid yang ditulis dalam sesi itu.
Pas Sesi RM39 setiap sesi
Tanpa had murid. Sah hingga 31 Disember tahun sesi yang tertera pada pas (Pas Sesi 2027 sah hingga 31 Disember 2027), bukan 12 bulan dari tarikh beli. Mulai 2027, pas yang dibeli dalam bulan Disember sah hingga 31 Disember tahun berikutnya. Tiada yuran bulanan.
Diikat pada akaun SPPB anda
Bukan pada satu peranti. Tukar komputer, kunci ikut anda.

Harga awal: Pas Sesi 2027 boleh dibeli sekarang pada harga RM29 hingga 31 Disember 2026. Pembayaran melalui Billplz (FPX) dan kunci dihantar ke alamat e-mel anda. Terma jualan.

Beli Pas Sesi 2027 · RM29

Soalan lazim

Apa itu PAJSK Helper?

Extension Chrome untuk guru mengisi skor PAJSK di sistem SPPB (moeissppb.moe.gov.my). Satu aktiviti dibuka sebagai satu jadual: baris ialah ahli, lajur ialah medan PAJSK. Anda tetapkan nilai lalai sekali, ubah murid tertentu terus dalam jadual (termasuk murid yang sudah tersimpan) atau isi dalam Excel, semak, kemudian tulis. Selepas setiap Simpan, nilai murid itu dibaca semula daripada SPPB.

Adakah PAJSK Helper rasmi daripada KPM?

Tidak. PAJSK Helper ialah alat bantuan bebas yang dibina oleh Cikgu Davin, dan tidak berafiliasi dengan, ditaja atau diperakui oleh KPM/MOE, SPPB atau IDME. Ia hanya menulis melalui butang Simpan SPPB yang sebenar dan tidak pernah menekan Hantar atau Sahkan.

Pelayar apa yang disokong?

Chrome, Edge, Brave dan Opera (semua pelayar berasaskan Chromium) pada komputer. Ia tidak berfungsi pada telefon atau Safari.

Adakah data murid saya selamat?

Nama, nombor kad pengenalan, kelas dan skor murid yang dibaca daripada SPPB serta fail Excel anda kekal dalam pelayar anda dan SPPB. Untuk menentukan pelan, pelayan davinhub hanya menerima versi extension, ID peranti rawak, kunci lesen jika ada, serta pengecam akaun SPPB dan murid yang telah dihash — bukan nama atau nombor kad pengenalan mentah. Baca dasar privasi penuh.

Berapa harga PAJSK Helper?

Sepanjang sesi 2026, percuma untuk semua guru (versi beta). Mulai sesi 2027: 5 murid percuma setiap sesi, dan Pas Sesi RM39 setiap sesi tanpa had murid. Pas Sesi sah mengikut tahun sesi persekolahan, bukan 12 bulan dari tarikh beli.

Perlukah saya masukkan kunci lesen?

Tidak perlu untuk sesi 2026 — pasang dan terus guna. Pas Sesi 2027 kini boleh dibeli di laman ini (harga awal RM29 hingga 31 Disember 2026); kunci ditampal ke dalam panel dan diikat pada akaun SPPB anda, bukan pada satu peranti.

Adakah kelas saya akan dikunci?

Tidak. PAJSK Helper hanya menulis melalui butang Simpan SPPB dan tidak pernah menekan Hantar atau Sahkan secara automatik. Kelas yang sudah disahkan dikesan dan dilangkau.

Sel kosong dalam fail Excel — adakah nilai di SPPB akan dipadam?

Tidak. Sel kosong bermaksud tidak disentuh; PAJSK Helper hanya menulis sel yang anda ubah berbanding fail yang dimuat turun. Untuk mengembalikan nilai kepada nilai asal selepas menulis, muat turun fail baharu dahulu — mengisi semula nilai asal ke dalam fail lama dikira sebagai tidak berubah dan tidak akan ditulis.

Mengapa satu komponen tidak tersimpan walaupun SPPB kata “Berjaya”?

KHIDMAT SUMBANGAN wajib diisi apabila komponen Kelab/Persatuan, Badan Beruniform atau Sukan diisi buat kali pertama; tanpanya SPPB memaparkan “Berjaya” tetapi tidak menyimpan apa-apa. PAJSK Helper memberi amaran pada skrin semakan dan tidak menulis murid berkenaan sehingga KHIDMAT SUMBANGAN diisi; selepas setiap kali disimpan, nilai dibaca semula daripada SPPB supaya simpanan kosong tidak ditandakan sebagai tersimpan.