Sesi 2026 tetap percuma untuk semua guru. Pas Sesi di halaman ini hanya untuk sesi 2027. Anda tidak perlu membelinya untuk mengisi PAJSK sesi 2026.

Harga awal

Pas Sesi 2027 — PAJSK Helper

Beli hingga 31 Disember 2026 dengan harga awal RM29 (harga biasa RM39). Pas sah sepanjang sesi 2027, hingga 31 Disember 2027. Bayar sekali, bukan langganan.

HARGA AWAL RM29RM39 Hingga 31 Disember 2026 · Sah sepanjang sesi 2027 · Diikat pada akaun SPPB anda
Pas Sesi 2027

Tanpa had murid sepanjang sesi 2027

Mulai sesi 2027, tanpa Pas Sesi, anda boleh Tulis skor 5 murid secara percuma setiap sesi. Dengan Pas Sesi, tiada had murid.

  • Kelab/Persatuan, Sukan, Badan Beruniform, Aktiviti Tambahan, NILAM dan Ekstra Kurikulum
  • Satu aktiviti, satu jadual; isi terus atau melalui Excel
  • Semak sebelum Tulis, baca semula daripada SPPB selepas setiap kali Simpan
  • Diikat pada akaun SPPB anda, bukan pada satu peranti. Tukar komputer, kunci ikut anda
  • Sah hingga 31 Disember 2027. Tiada yuran bulanan
Selamat untuk kelas anda Hanya menulis melalui butang "Simpan" SPPB yang sebenar — tidak pernah menekan "Hantar" atau "Sahkan" secara automatik. Kelas anda tidak akan dikunci; semua data murid kekal dalam SPPB.
Privasi murid dijaga Nama, No. Kad Pengenalan, kelas dan skor murid diproses dalam pelayar anda dan SPPB sahaja. Untuk mengira had, pelayan lesen hanya menerima kunci, ID peranti rawak, versi extension dan hash SHA-256 bagi ID akaun SPPB serta No. KP murid. Nama dan skor tidak dihantar. Dasar privasi
RM39

Harga awal RM29 hingga 31 Disember 2026 (kod AWAL2027 diisi automatik). Harga biasa RM39. Sah sepanjang sesi 2027, hingga 31 Disember 2027.


Kunci Pas Sesi sampai ke e-mel anda sebaik sahaja pembayaran berjaya. Anda boleh aktifkan kunci sekarang; pas mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2027. Ada masalah pengaktifan? E-mel [email protected]; saya akan balas sendiri.

Pembayaran diproses oleh Billplz (FPX).
Resit dikeluarkan oleh EDUHELPER RESOURCES.
Terma jualan & bayaran balik

PAJSK Helper ialah alat bantuan pihak ketiga yang dibina secara bebas. Ia TIDAK berafiliasi, ditaja atau diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM/MOE) atau sistem SPPB. Selepas membayar, anda akan menerima kunci Pas Sesi yang bermula dengan PJSK- melalui e-mel. Di bahagian bawah panel PAJSK Helper, klik "Sudah beli? Aktifkan kunci", tampal kunci itu dan tekan "Aktifkan".